Wednesday, April 28, 2010

Bila Orang Kanan Berpakaian Kiri


Bukan senang nak melihat orang yang berhaluan kanan sudi memakai pakaian dari golongan kiri. Inilah Khalid Jaafar. Walaupun berbeza pendapat dan selalu menghentam golongan kiri, tapi di luar hubungan beliau baik dengan Hishamuddin Rais dan juga Allahyarham Rustam A. Sani. Foto diambil ketika beliau melawat tembok besar China pada tahun 2007.

Tuesday, April 20, 2010

Komunisme Ideologi Yang Paling Tidak Liberal - Khalid Jaafar


Khalid Jaafar suatu ketika dulu pernah menulis di dalam blognya mengenai Akaun Liberal ;


Mengapakah komunisme itu merupakan ideologi yang paling tidak liberal? Kerana ia tidak mengiktiraf harta milik peribadi dan ingin menghapuskan di mana saja ia ditemui bila komunisme berkuasa. Kita semua maklum bahawa Parti Komunis Cina adalah parti komunis yang tersebesar di dunia. Nah di sanalah kejayaan liberal yang terbesar di capai.

Dalam Kogres Tahunan Rakyat di Beijing Mach ini Wen Jiabao membuat pindaan perlembagaan untuk memasukan ungkapan berikut "hak milik rakyat yang sah di sisi undang-undang adalah suci ". Pindaan itu disokong dengan 2,863 undi, 10 menentang dan tujuh berkecuali. Maka murtadlah Parti Komunis Cina dari komunisme.

Bagaimana ini bisa berlaku. Ini tidak lain dari usaha bertahun-tahun golongan liberal yang melakukan infiltrasi ke dalam parti komunis tersebut. Saya mengetahui kisah infiltrasi ini dari orang yang paling penting dari gerombolan infiltrant itu. Saya sempat mengambil potretnya di Tembok Besar Cina. "Kami adalah Lai Teck Cina," katanya. Saya terperanjat dia mengetahui kisah Lai Teck. "Lai Teck tidak mati di Sungai Menam." Dan saya lagi terperanjat. Lagi ajaib! Dia tahu kisah Lai Teck buka kedai basikal di Masjid Tanah! "Lai Teck adalah tokoh besar liberal yang tidak didendangkan." "Belum didendangkan," dia membetuli kata-katanya selepas berfikir sejenak. "Tunggu sedikit hari lagi, dia pasti didendangkan." Komrad itu tersenyum. Tentu dia sedang memintal strategi.


Dipetik dari arkib blog khalidjaafar.org