Monday, February 22, 2010
Antara Sosialisme dan Komunisme
Ramai yang salah faham dan menyangkakan bahawa Sosialis dan Komunis itu adalah fahaman yang sama. Saya ingin terangkan di sini berdasarkan pemahaman saya dan apa yang saya baca selama ini. Memang Sosialisme dan Komunisme itu asalnya daripada sumber yang satu, iaitu Karl Marx. Selepas memperkenalkan ideologi itu, beliau menghasilkan beberapa buah buku antaranya "Das Kapital" dan "Communist Manifesto". Fahaman ini memang asalnya adalah satu.
Tapi ianya terpisah selepas dari Perang Dunia Pertama meletus dan juga selepas Revolusi Rusia. Komunisme telah terbahagi kepada dua seperti apa yang kita lihat sekarang. Kita selalu baca dan tahu apa itu Sosialis dan Komunis, tapi pernahkah kita berusaha mengenalinya dan bertanya kepada orang yang lebih tahu? Ideologi Sosialis lebih lembut berbanding dengan Komunis yang masih mengekalkan fahaman radikal.
Biasanya orang yang berfahaman sosialis menggelarkan komunis sebagai Marxisme. Saya membaca satu fakta yang menarik dalam sebuah website. Tapi sayangnya saya sudah lupa alamat website yang berbahasa Inggeris itu. Dalam website itu, diberi contoh yang mudah tentang perbezaan antara Sosialis dan Komunis.
Sosialis diumpamakan sebagai kita mempunyai 2 ekor lembu, dan salah satu daripadanya kita hadiahkan kepada jiran. Komunis pula diumpamakan sebagai kita ada dua ekor lembu, kedua-duanya diambil oleh kerajaan dan sebagai ganti, kerajaan telah memberi kita susu lembu. Dah nampak perbezaannya, bukan? Sosialisme lebih cenderung kepada sebuah kerajaan Demokratik manakala Komunisme masih lagi kekalkan budaya kuasa veto dan juga kuku besi.
Gerakan sosialis ini pernah popular suatu ketika dahulu di Malaysia tapi telah gagal kerana rakyat dimomokkan oleh kerajaan Malaysia bahawa sosialis itu komunis. Gerakan sosialis ini berkembang pesat di universiti sehinggakan adanya Kelab Sosialis. Gerakan ini merupakan musuh tradisi kepada Kerajaan Malaysia waktu dulu kerana Malaysia mengamalkan sistem ekonomi yang lebih condong kepada Kapitalis.
Dalam sistem sosialis, kebajikan rakyat diutamakan. Tiada unsur penindasan daripada kaum-kaum pemodal. Munculnya penindasan daripada sistem Kapitalis berpunca daripada sikap tamak kaum pemodal dan juga sistem riba/faedah yang diamalkan.
Kebanyakan negara di Timur Tengah menggunapakai sistem sosialis. Sebab itulah walaupun ketika dahulu negara Iraq dilanda sekatan ekonomi, tetapi ia seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan terhadap penduduknya. Barang keperluan masih lagi mudah didapati. Pelajar-pelajar universiti menikmati kebajikan yang ditawarkan seperti tepung, minyak, gula, teh, dan sebagainya. Begitu juga di Iran. Rakyat Iran seolah-olah tidak merasa terbeban ekoran sekatan ekonomi dijalankan ke atas Republik Islam Iran.
Barang-barang keperluan masih boleh didapati dengan mudah. Tidak ada isu kekurangan gula, kekurangan minyak masak, kekurangan beras seperti di Malaysia. Di Malaysia, itu adalah hasil daripada permainan kaum kapitalis yang menguasai ekonomi negara, objektifnya hanya satu - maksimumkan keuntungan.
Di mana-mana negara sosialis, rakyatnya berhak mendapat makanan melalui duit yang dimiliki, walaupun harga makanan jauh lebih mahal daripada jumlah duit yang berada di dalam poket. Contohnya harga sekeping roti canai ialah 80 sen. Dalam poket kita hanya ada 40 sen saja dan kita boleh membeli setengah keping roti canai tersebut.
Minyak masak di negara Sosialis boleh dibeli melalui vending maschine, terpulang berapa mililiter yang dikehendaki. Sistem sosialis mengutamakan kebajikan rakyat. Sebarang perniagaan yang dijalankan mendapat kawalan dan pemerhatian daripada kerajaan. Sumber asas seperti air, elektrik, gas tidak diswastakan sepertimana Malaysia menswastakan semua itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apapun ideologinya, umat manusia memerlukan satu sistem yang sempurna, tiada pemerasan oleh manusia atas manusia. Selagi pemerasan itu wujud, manusia tidak akan aman dan demokrasi itu hanya hiasa sahaja.
ReplyDeleteTak kira apa sistem masyarakatnya, selagi wujud kelas, bererti ada penindasan kelas. Dan selagi masalah ini tak terselesaikan, selagi itulah manusia tidak akan aman.
agree with wat Mat Amin said...
ReplyDeleteKita memerlukan satu sistem "pertengahan" yg mengabungkan kedua2xnya. Jika hanya mengamalkan sistem sosialis, kemungkinan rakyat akan menjadi malas dan terlalu mgharapkan bantuan kerajaan. Sedangkn kesusahan itu amat perlu utk melatih rakyat supaya tabah dan cekal utk menghdapi hidup.
ReplyDeleteDan juga kemungkinan kreativiti rakyat akan tersekat kerana kurangnya kemampuan berfikir akibat terlalu disuap dengan subsidi dan bnda2x percuma.
Btw ini hanyalah pandangan saya..:D
sistem ''pertengahan''? bagaimana dengan idea Islam yg dikupas oleh Sayyid Qutb?
ReplyDelete