Friday, February 26, 2010

Karl Marx Itu Yahudi. Salahkah?


Saya masih ingat beberapa bulan lepas apabila saya menulis satu posting yang bertajuk "Terima Kasih Chin Peng!". Posting ini boleh dicari di arkib blog utama saya, dan juga telah tersiar di arkib blog Mat Amin (Kini Dan Silam), arkib blog Minda Ahad, Page Facebook "Anak Muda Benci UMNO" dan juga di arkib blog "Anti Hipokrit" yang merupakan blog pro-UMNO. Saya mendapat berbagai maklum balas berhubung posting terbabit dan rata-ratanya amat marah dengan kenyataan saya itu.

Saya menyatakan bahawa walaupun Chin Peng juga melakukan kesalahan, tetapi beliau ada membuat satu kebaikan yang mana kita sebagai umat Islam wajar berterima kasih kepada beliau. Ini susulan daripada kejayaan askar Parti Komunis Malaya yang telah berjaya membunuh Henry Gurney di Bukit Fraser. Henry Gurney merupakan pegawai British yang bertanggungjawab membawa masuk orang Israel Zionis secara haram ke Palestin yang menyebabkan tanah orang Palestin dirampas dan mereka dihalau.

Berbagai komen yang negatif telah saya terima termasuk juga komen yang mengancam untuk membunuh saya (wow!). Salah seorang daripada pengkomen telah mengeluarkan hujjah bahawa saya juga seperti penyokong Yahudi kerana saya menyokong Komunis. Komunis itu berasal daripada Karl Marx, dan Karl Marx itu seorang Yahudi!

Bagi saya, ya memang betul Karl Marx itu seorang Yahudi. Adakah ianya satu kesalahan? Apakah kita ini wajib memusuhi semua umat Yahudi atau Yahudi yang jenis mana yang patut kita tentangi. Adakah Karl Marx itu seorang yang berfahaman Zionis? Kalau ada cuba tunjukkan bukti. Yahudi yang patut kita lawan hanyalah Yahudi yang berfahaman Zionis, yang zalim dan membantai orang Palestin. Masih ada Yahudi yang baik dan juga Yahudi yang anti-Zionis, bukan?

Di Facebook juga ada seorang yang mendakwa bahawa Karl Marx itu seorang Freemason. Saya minta bukti, dia suruh saya cari sendiri! Kalau iya sistem Komunis yang dibawa oleh Karl Marx itu adalah agenda Freemason, macam mana pula dengan sistem Kapitalis yang memang terang-terangan terdapat Yahudi dibelakangnya dan sehingga sekarang masih berkuasa di seluruh dunia?

Karl Marx berasal dari Prussia (sekarang ini Jerman). Memang dia merupakan anak kepada seorang rabbi Yahudi, tapi keluarganya tidak berpegang teguh kepada agama dan akhirnya mereka menukar agama kepada Kristian Protestan, agama rasmi Prussia ketika itu. Setakat ini saya tak jumpa lagi bukti yang menunjukkan bahawa Karl Marx itu berfahaman Zionis ataupun seorang Freemason. Kalau tidak dan dia hanya sekadar seorang Yahudi, adakah itu satu kesalahan?

Dan saya di sini tidaklah mahu mengagung-agungkan Marx ataupun sistem Sosialis dan Komunis sendiri. Kesetujuan saya hanya terbatas pada sistem ekonominya sahaja.

4 comments:

  1. salam bro, teruskan menulis demi ilmu.

    ReplyDelete
  2. yg pasti, kapitalisme yg bersendikan riba telah dan masih terus merosakkan jism dan ruh insan,
    termasuk alamnya.

    ReplyDelete
  3. Tuan rumah blog ni boleh dapatkan buku ' Agenda Yahudi Menakluk Dunia. Dalam buku itu ada bahagian protokol yahudi. Protokol itu menyebut ' tidak mungkin ideologi sosialis, aristokrat dan berbagai fahaman ini akan menguasai dunia. Saya hanya pencari ilmu . Jika boleh, tulis artikel tentang ini.

    ReplyDelete