Tuesday, March 2, 2010
Gambaran Sistem Penindas (Kapitalis)
Negara yang mengamalkan sistem Kapitalis, salah satu cirinya ialah yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah merempat. Jurang pendapatan di antara golongan bawahan dengan golongan atasan tersangatlah jauh. Selain itu, golongan marhaen terpaksa bekerja keras untuk memberi makan kepada golongan-golongan atasan dan mereka ini diibaratkan seperti hamba. Golongan kaya hidup dengan senang lenang manakala golongan miskin terus bergelut di dalam kesusahan hidup dan terpaksa membayar harga yang mahal untuk sesuatu barang dan perkhidmatan sedangkan ada sesetengah golongan kaya menikmati sesuatu barang dan perkhidmatan tanpa membayar 1 sen pun.
Semua aset penting kepada rakyat bawahan diniagakan - pendidikan, hospital, air, letrik. Sehinggakan ada yang mati disebabkan tiada rawatan kerana kos hospital yang tinggi. Golongan atasan terus menerus menginjak-injak golongan bawahan sehinggakan hidup mereka terhimpit. Apabila lahir satu gerakan penentangan yang dijalankan oleh golongan bawahan, bersiap sedialah untuk dibasmi oleh golongan tentera dan golongan agamawan terus menerus mencandu golongan bawahan dengan kata-kata "cukuplah dengan apa yang ada."
Golongan Raja pula tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat bawahan. Kerja mereka hanyalah rileks dan bersemayam di dalam istana mewah. Sebilangan dari golongan ini tidak merasa cukup dengan kemewahan yang melimpah ruah masih lagi menjalankan perniagaan dan memikirkan keuntungan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tulisan yang menarik... warga wajib bangun melawan... warga wajib melawan penindasan...
ReplyDeleteteruskan usaha.
ya.. saya seperjuangan dengan penulis memilih fahaman socialisme.. dan.. sudah tiba masa nya untuk rakyat bangkit menentang penindasan.. 2010 merupakan tirai bagi revolusi dan bangkitnya sosialis.. hasil bumi negara kita tidak seharusnya dimonopolikan oleh SI KAPITALIS.. bangkit lah rakyat, bangkit lah menentang penindasan .. penulis blog ini sememangnya seorang socialist, i like this blog..
ReplyDelete