Saturday, March 27, 2010

Persamaan Sistem Ekonomi Sosialis Dengan Sistem Ekonomi Islam



Salah satu persamaan yang ada pada sistem Sosialis dengan Islam dari segi ekonominya adalah Negara Kebajikan (Welfare State). Tak hairanlah begitu ramai yang teruja dengan sistem Sosialis ini. Kawan saya bertanya satu soalan bodoh (tapi saya tak katalah pada dia yang itu adalah soalan bodoh), "Kalau itu adalah persamaan dengan Sistem Ekonomi Islam, kenapa tak apply sistem Islam keseluruhannya?" - Maksudnya, kenapa ambil sekerat-sekerat sahaja?


Jawapan di sini, mudah. Kalau tak dapat kesemuanya, jangan tinggal semua. Bukan hanya orang Islam sahaja yang teruja, bahkan ramai orang bukan Islam juga berminat pada sistem Sosialisme. Tapi ramai orang bukan Islam masih lagi mempunyai pro dan kontra mengenai Islam. Gejala Islamophobia masih lagi bersarang di dalam diri mereka. Tak salah, bukan? Bahkan ianya bukan bercanggah dengan syariat Islam.


Saya masih ingat, sebelum PRU-12, PAS (Parti Islam Se-Malaysia) melaungkan slogan Negara Kebajikan. Ada yang menyifatkannya sebagai menyamai sistem Komunis dan Sosialis. Kebajikan adalah perkara yang ditekankan di dalam pemerintahan Islam. Bahkan pemerintah akan berdosa jika membiarkan rakyat bawahan merana kerana kesesakan hidup.


Lihatlah di negara-negara Arab yang kebanyakannya menggunapakai Sistem Ekonomi Sosialis (ada juga yang menggunapakai Sistem Ekonomi Islam seperti Arab Saudi). Tahap kebajikan rakyat di sana amat terjaga. Pendidikan dan rawatan di hospital adalah percuma. Bahkan, mahasiswa yang belajar di sana akan mendapat pula pelbagai bantuan berupa makanan sepanjang belajar di sana. Bahan-bahan keperluan asas di sana senang didapati dan tiada kekurangan bekalan akibat daripada permainan kaum-kaum pemodal.


Lihat juga di Cuba. Hospital di sana menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan semestinya percuma. Tidak timbul isitilah "orang miskin dilarang sakit".

Monday, March 8, 2010

Kelemahan Sistem Sosialis dan Komunis


North Korean Worker Executed For Passing On News


A North Korean factory worker has been executed by firing squad for sneaking news out of the country on his illicit mobile phone, Seoul-based radio said today.
The armaments factory worker was accused of divulging the price of rice and other information on living conditions to a friend who had defected to South Korea years ago, Open Radio for North Korea reported.
The man, surnamed Chong, made calls to the defector using an illegal Chinese mobile phone, according to an unnamed North Korean security agency official cited by the report.


Di atas ini merupakan salah satu kelemahan sistem Komunis. Tidak dinafikan bahawa negara yang mengamalkan sistem Komunis merupakan negara yang kejam seperti Korea Utara dan China. Masalah ketiadaan sistem pemilihan pemerintah mengakibatkan pemimpin negara-negara Komunis memerintah secara diktator dan kuku besi.


Di Korea Utara, masalah hak asasi rakyatnya merupakan antara yang terburuk di dunia. Rakyatnya dihalang daripada mendapat maklumat dari dunia luar, ke luar negara, dan segala maklumat yang disalurkan ke negara tersebut ditapis. Di China juga sama. Contohnya penapisan maklumat internet kepada rakyat negara China.


Korea Utara lagi teruk. Bawa kamera masuk ke dalam negaranya pun tak boleh kerana ia merupakan antara barangan yang boleh "merosakkan" masyarakat Korea Utara, selain daripada telefon bimbit. Itulah masalahnya dengan sistem yang tidak mengambil jalan demokrasi.


Negara sosialis pula, walaupun ada sesetengahnya mengamalkan demokrasi namun masih terdapat kekurangan. Ia menjadikan negara tidak mempunyai daya tarikan. Manusia berkehendak kepada hiburan dan perkara yang menceriakan. Tetapi tiada dalam negara sosialis. Kalau adapun ia tersangatlah sedikit. Negara sosialis hanya boleh menjadi juara dalam isu Negara Kebajikan.


Jadi, agak susah untuk menyeimbangkan perkara sebegini. Jika dibiarkan syarikat-syarikat luar melabur dibimbangi pula masuknya unsur-unsur Kapitalisme secara meluas. Macam mana ya? Inilah salah satu kontra yang terdapat di dalam sistem ini. Komunisme dengan kekejaman, sosialisme dengan ketiadaan daya penarik.

Tuesday, March 2, 2010

Gambaran Sistem Penindas (Kapitalis)

Klik imej untuk melihat gambar dengan lebih jelas


Negara yang mengamalkan sistem Kapitalis, salah satu cirinya ialah yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah merempat. Jurang pendapatan di antara golongan bawahan dengan golongan atasan tersangatlah jauh. Selain itu, golongan marhaen terpaksa bekerja keras untuk memberi makan kepada golongan-golongan atasan dan mereka ini diibaratkan seperti hamba. Golongan kaya hidup dengan senang lenang manakala golongan miskin terus bergelut di dalam kesusahan hidup dan terpaksa membayar harga yang mahal untuk sesuatu barang dan perkhidmatan sedangkan ada sesetengah golongan kaya menikmati sesuatu barang dan perkhidmatan tanpa membayar 1 sen pun.


Semua aset penting kepada rakyat bawahan diniagakan - pendidikan, hospital, air, letrik. Sehinggakan ada yang mati disebabkan tiada rawatan kerana kos hospital yang tinggi. Golongan atasan terus menerus menginjak-injak golongan bawahan sehinggakan hidup mereka terhimpit. Apabila lahir satu gerakan penentangan yang dijalankan oleh golongan bawahan, bersiap sedialah untuk dibasmi oleh golongan tentera dan golongan agamawan terus menerus mencandu golongan bawahan dengan kata-kata "cukuplah dengan apa yang ada."

Golongan Raja pula tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat bawahan. Kerja mereka hanyalah rileks dan bersemayam di dalam istana mewah. Sebilangan dari golongan ini tidak merasa cukup dengan kemewahan yang melimpah ruah masih lagi menjalankan perniagaan dan memikirkan keuntungan..