Saturday, March 27, 2010

Persamaan Sistem Ekonomi Sosialis Dengan Sistem Ekonomi Islam



Salah satu persamaan yang ada pada sistem Sosialis dengan Islam dari segi ekonominya adalah Negara Kebajikan (Welfare State). Tak hairanlah begitu ramai yang teruja dengan sistem Sosialis ini. Kawan saya bertanya satu soalan bodoh (tapi saya tak katalah pada dia yang itu adalah soalan bodoh), "Kalau itu adalah persamaan dengan Sistem Ekonomi Islam, kenapa tak apply sistem Islam keseluruhannya?" - Maksudnya, kenapa ambil sekerat-sekerat sahaja?


Jawapan di sini, mudah. Kalau tak dapat kesemuanya, jangan tinggal semua. Bukan hanya orang Islam sahaja yang teruja, bahkan ramai orang bukan Islam juga berminat pada sistem Sosialisme. Tapi ramai orang bukan Islam masih lagi mempunyai pro dan kontra mengenai Islam. Gejala Islamophobia masih lagi bersarang di dalam diri mereka. Tak salah, bukan? Bahkan ianya bukan bercanggah dengan syariat Islam.


Saya masih ingat, sebelum PRU-12, PAS (Parti Islam Se-Malaysia) melaungkan slogan Negara Kebajikan. Ada yang menyifatkannya sebagai menyamai sistem Komunis dan Sosialis. Kebajikan adalah perkara yang ditekankan di dalam pemerintahan Islam. Bahkan pemerintah akan berdosa jika membiarkan rakyat bawahan merana kerana kesesakan hidup.


Lihatlah di negara-negara Arab yang kebanyakannya menggunapakai Sistem Ekonomi Sosialis (ada juga yang menggunapakai Sistem Ekonomi Islam seperti Arab Saudi). Tahap kebajikan rakyat di sana amat terjaga. Pendidikan dan rawatan di hospital adalah percuma. Bahkan, mahasiswa yang belajar di sana akan mendapat pula pelbagai bantuan berupa makanan sepanjang belajar di sana. Bahan-bahan keperluan asas di sana senang didapati dan tiada kekurangan bekalan akibat daripada permainan kaum-kaum pemodal.


Lihat juga di Cuba. Hospital di sana menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan semestinya percuma. Tidak timbul isitilah "orang miskin dilarang sakit".

No comments:

Post a Comment